Sunday, November 29, 2009

30th Post/December 2009

Tahun 2009 dah nak sampai ke penghujungnya. Masa macam ni lah kita menilai diri kita sepanjang tahun dan bersiap-sedia menghadapi tahun 2010 pulak. Muhasabah diri dalam erti kata lain. Hmm, bila fikir balik semua perkara yang dah berlaku tahun 2009 ni agak memeritkan sesetengahnya. Tapi aku dapat survive kesemuanya, Alhamdulillah. Macam biasa, setiap tahun aku akan buat satu wishlist untuk tahun seterusnya. Sorry lah post ni agak vain tapi untuk sekali setiap tahun takpe lah kan? Hehehe.

Memandangkan aku ada banyak masa untuk diluangkan disini, aku sempat interview seorang student dari Monash yang amat rapat dengan aku. Dia akan bercakap pandangannya untuk tahun 2010 nanti. Baik aku kenalkan dia sebelum memulakan interview ni..




**************************************************************************



**************************************************************************



**************************************************************************



**************************************************************************



**************************************************************************



**************************************************************************


WUAHAHAHAHAHA!!



Q: Sebelum kami menemubual anda. Boleh ceritakan serba sedikit tentang diri anda?
A: Nama saya Muhammad Idris, berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Anak pertama dari kedua. Sedang menyambung pelajaran di Monash Universiti dalam jurusan Kejuruteraan.

Q: Tahun 2010 bakal menjelang. Bagaimanakah anda menghadapi tahun 2009?
A: Tahun 2009 menandakan saya sudah masuk ke alam 21 tahun. Walaupun ramai menganggap umur 21 itu adalah lesen untuk bebas dari keluarga, tapi tidak kepada saya. Sepanjang tahun 2009, saya banyak belajar kebanyakannya dari keluarga, pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan. Alhamdulillah, tahun ni takde kemalangan kereta seperti 2 tahun sebelumnya, hehehe.

Q: Apakah pengalaman anda yang paling manis tahun 2009?
A: Saya telah banyak menyertai pertandingan photography dimerata-rata tempat dan kebanyakan gambar-gambar saya layak untuk masuk ke peringkat 10 terakhir. Ini menandakan saya semakin meningkat baik dalam bidang photography tapi masih banyak yang perlu dipelajari.

Kedua-dua jiran saya; kanan mahupun disebelah kiri kami telah pun melangsungkan perkahwinan mereka dan saya adalah photographer yang diberi kepercayaan untuk mengambil gambar mereka. Rakan saya yang telah lama saya kenali kini telah pun berkahwin. Hehe.

Selain itu, kucing saya telah memberi kami sekeluarga satu lagi sebab untuk gembira apabila melahirkan seekor lagi kucing yang sihat yang diberi nama Lembu. Dilahirkan pada April 2009, Lembu kini adalah kucing tercantik yang pernah saya bela.

Tak lupa juga percutian kami sekeluarga ke Pulau Pinang amatlah seronok dan tak dapat dilupakan. Setelah lama kami tidak keluar bersama-sama, akhirnya kami menemui masa yang sesuai untuk pergi bercuti.

Q: Bagaimana pula pengalaman yang buruk?
A: Tahun 2009 menyaksikan dua rakan saya menemui ajalnya pada masa yang amat muda. Pertama, Nublan Zaki atau lebih dikenali sebagai Zack diantara kami. Dia menemui ajal di USA apabila ditemui lemas di air terjun pada May 2009. Kedua, Choo Jian Yi; rakan kelas saya yang agak rapat. Dia menemui ajal setelah koma dua hari akibat dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju pada waktu malam.

Kematian salah seekor kucing saya yang diberi nama Merah pada Feb 2009 banyak memberi kesan keatas keceriaan rumah kami. Sebelum ini, Merah lah kucing yang paling ceria. Bagaimanapun ia tidak bertahan lama apabila Merah digigit anjing dan mati diluar laman rumah kami. Kematian Buncit, ibu kepada semua kucing dirumah kami juga tak dapat kami lupakan. Buncit mati kira-kira 4 bulan selepas melahirkan Lembu, dia mati diakibatkan oleh sawan.

Q: Tahun 2009 menandakan kamu telah duduk di Monash selama 3 tahun. Bagaimanakah perasaan anda?
A: Setelah duduk di Monash selama lebih 3 tahun, telah banyak yang saya pelajari. Selama saya berada 3 tahun di Monash, saya berjumpa berbagai-bagai jenis orang dan ragam. Kesemuanya baik-baik. InsyaAllah, tahun 2010 adalah tahun terakhir saya di Monash.

Q: Bagaimanakah anda akan menguruskan pelajaran anda untuk tahun 2010?
A: Semester 1, 2010 bakal bermula tidak lama lagi dan ia adalah semester yang amat penuh dengan kerja selama saya berada di Monash. Saya perlu menguruskan masa saya dengan teliti dan teratur. Disiplin memainkan peranan dalam memastikan semuanya berjalan lancar. Manakala Semester 2, 2010 adalah semester yang paling senang harap-harapnya. Lepas habis dua semester ni, saya akan buat internship pulak. Harap dapatlah habis internnya sebelum graduate nanti.

Q: Apakah yang anda ingin lakukan pada tahun 2010 nanti?
A: Banyak jugak benda nak dibuat. Plan tahun lepas carry forward lah. Ada banyak jugak benda nak dibeli dan dibuat. Antaranya...

  1. Project black and white yang tak siap-siap. Project ni sebenarnya untuk penuhkan gambar dekat living hall yang agak kosong sekarang ni takde apa-apa pun.
  2. Round Malaysia. Amik gambar dekat key spot yang cantik-cantik. Nak pegi Sabah lah.
  3. Habiskan final year project yang dah berminggu-minggu tertangguh.
  4. Computer addiction. Mula tahun depan kena kurangkan lah. Banyak sangat chatting ni.
  5. Kena beli camera baru ni. Kalau ada duit lebih sikit nak beli D90.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak larat nak cakap satu persatu..

Q: Hai, kenapa masih membujang je sampai sekarang?
A: Kenapa lah aku tanya soalan macam ni dekat diri sendiri. Hahahaha. Senang je. Aku ni memilih sikit. Bukan takde tapi taknak? Bila nak dia taknak? Lebih kurang macam tu lah. Takde rezeki orang panggil. ;)

Q: Terima kasih kerana memberi peluang menebual anda!
A: Sama-sama! Eh, cakap dekat diri sendiri macam tu ke?


Setelah tamat menemubual mamat ni. Tiba-tiba rasa malas pulak nak publish post, tapi dah tulis panjang. Biar aje lah. Hehehe. Next post! Best of 2009 Photos! :)

Followers