Friday, January 1, 2010

Dolphins And Sea Lions Show

Sejak cuti musim panas bermula selepas selesainya peperiksaan akhir semester, aku berfikir panjang, "Nak buat ape lah cuti semester ni, nak dekat 4 bulan pulak tu,". Tiba-tiba Omar Mokhtar, rakanku menulis diatas 'wall' aku di Facebook; "Idris, ko nak keje tak? Urgent ni,". Tanpa berfikir panjang, aku pun menerima tawaran Omar tu. Menurut kata Omar, kerja ni senang je tak perlu skill gila-gila punya. Keesokan harinya, aku pun berjumpa lah dengan boss Omar tu, Mr. Teng Wai nama dia. Boss Omar ni peramah orangnya. Setelah 30 minit berbincang pasal kerja, kami pun mencapai kata sepakat. Aku diambil bekerja! Yayy! Aku akan bekerja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja sebab aku tak larat lah hari-hari nak keje.

Aku ditugaskan untuk mengambil gambar dolphins yang akan naik keatas platform dan mencium budak yang berada diatasnya. Pertama kali amik gambar, memang nervous gila tak terkata. Maklumlah, amik gambar depan crowd dalam 100 orang. Tapi aku menebalkan hati dan terus mengambil gambar mereka. Pada masa itu, hanya ada Mr. Teng Wai, Omar, aku dan Uncle Liu (ayah mertua Mr. Teng Wai). Pada minggu pertama, sambutan amat menggalakkan. Pernah sekali aku shoot gambar sebanyak 100 orang yang mencium dolphins. Kesian pulak aku dekat dorang tu, tapi setiap kali dolphin tu cium mesti dapat ikan. Mesti lah dorang suka kan? Hehehe.

Dolphins And Sea Lions Show tu diadakan bersebelahan Sunway Pyramid. Ada 2 ekor lumba-lumba, nama mereka ialah Rio dan Sharon. Tak lupa juga 2 ekor singa laut; Brad dan Gedon. Aku lagi seronok tengok singa laut dari dolphin sebab dorang lagi kelakar masa melakukan aksi-aksi mereka. Terpulang kepada individu punya citarasa. Berikut adalah salah sedikit aksi yang dilakukan semasa pementasan..

Gedon dengan aksinya.

Gedon pun pandai mengira matematik. Hahaha.

Namun tak semestinya semua betul. Brad menggelengkan kepalanya tanda salah! Ahaha..

Aksi Superman oleh Brad.

Rio dan Sharon dengan aksinya.

Lompatan untuk mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Dolphins pun pandai menari Michael Jackson jugak! Haa.. Jangan main-main!

...akan tetapi, jangan suruh mamat ni menari Michael Jackson. Tengok kasut dia melayang! Hahahaha!!

Rio dan Sharon berjabat tangan tanda terima kasih kepada trainernya; Hermanto dan Sean Ortega.

Pada minggu kedua, kami memerlukan lebih ramai pekerja untuk melayan karenah crowd yang nak gambar dorang cepat gila. Hahaha. Melayan crowd memang tak menang dengan tangan. Jadi kitorang pun fikirlah, sape lah yang boleh keje dengan kitorang ni. Akhirnya, nama Uzair disebut-sebut dan terus diambil bekerja sebagai abang printer gambar! Hehehe. Macam-macam drama terjadik masa awal-awal kitorang dekat sini tapi tak baik la dicakap disini. Jadi pada minggu kedua, dah ada ramai kawan keje tempat sama...seronok! Lunch sama-sama, dinner pun sama-sama. Tambahan pulak boss yang baik hati kasik kitorang duit makan, cukup untuk makan Subway hari-hari..hehehehehe. Tak lama kemudian, muncul pulak Intan join kitorang keje... Bertambah meriahlah!


Showdown of Champions KL 2009 is coming to town! Ada 4 female tennis players yang akan bermain untuk edisi kali ini. Russian duo; Elena Dementieva dan Maria Kirilenko, India - Sania Mirza dan juga dari China - Zheng Jie. Sementara dorang menghabiskan masa di Malaysia bercuti sana-sini, dorang sempat jugak berkunjung untuk tengok dolphins dengan sea lions. Punya lah seronok dorang tengok dolphins.. Lepas habis show je, Elena dengan Maria dah siap-siap tukar baju mandi sebab nak mandi dengan dolphins. Hahaha.. Tak aci weh aku tak dapat pun =p Anyway, here are few pictures of them.. Banyak sangat tapi aku selected a few.




Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kitorang terminate contract untuk photograph dolphins and sea lions show dan hari terakhir kami berada disini ialah pada 31st December, 2009. Ada elemen hasad dengki dan busuk hati diantara orang Melayu dimana orang Melayu tak boleh tengok orang lain berjaya, mesti nak potong line punya. Tapi takpe lah, ini adalah pengalaman kitorang bekerja disini. Jadi, hari terakhir aku berada disini adalah 27th December, bersamaan hari Ahad. Haih, kalau dapat keje lagi best jugak..

Sementara aku tau kitorang akan berhenti tak lama lagi, aku pun bawak lah sedara-mara aku, mak ayah semua pegi tengok show ni. Kalau nak bayar bukannya tak mampu, tapi kalau dah dapat masuk free ape lagi kan? Hahahaha. Oh ya, bayaran nak masuk adalah RM40/adult dan RM24/child. Nak amik gambar dengan dolphin kena charge extra RM15/picture. Agak mahal kan? Tapi ni lah cara dorang buat duit.. Aku bawak kaum kerabat aku pulak ye.


Hari Ahad adalah hari terakhir aku bekerja. Boss aku pun malas suruh aku buat keje, dia suruh aku tengok show pulak.. Adeyy, aku pun dah bosan tengok show tu. Dah hafal dah camne dorang buat. Heheh. Jadi hari terakhir aku pun meng'enjoy'kan diri aku dengan dolphins, sea lions dan jugak kawan-kawan aku.. Oh ya, lagi senang nak bagi arahan dekat sea lions dari dolphins. Sea lions bila aku suruh tabik, dia tabik. Suruh dia tepuk tangan pun dia tepuk tangan. Hahaha. Best pulak suruh dorang buat macam-macam. Hehehe, ini adalah diantara gambar-gambar yang aku ada masa last day aku keje..


Aku pun nak jadik trainer gak, boleh suruh dolphin kiss orang.. hehehe.

Ho yeah, skarang aku tau perasaan orang bila dapat cium dolphin.. hehehe.

Gambar terakhir sebelum berhenti kerja.

Sepanjang tempoh aku bekerja, aku rasa seronok bila crowd datang dekat kitorang untuk collect gambar kena kiss dengan dolphin. Punya lah seronok dorang tu. Bila tengok dorang happy, tak semena-mena aku pun seronok membuat keje aku. Tambahan pulak orang yang keje dekat situ semuanya peramah belaka. Jadi aku meninggalkan bidang kerja photographer dengan seribu satu kenangan manis! Satu langkah yang baik untuk menamatkan 2009! =)


Next post: Ambang Tahun Baru 2010 @ Dataran Merdeka

Followers