Saturday, May 30, 2009

My Personal Ranting

This time I can't bersabar anymore. To me, it is unethical to photograph a dead body (in Malay, it is seen as 'not respecting the arwah'). Two photographers from Bernama TV was busy covering the story during majlis pengebumian. At first they were decent, until the corpse arrived from KLIA sometime around 11-ish. They were busy photographing the keranda and totally disrespected the family's wish (no photographing the corpse, please..).

The corpse arrived in something I like to imagine as carbon freeze in Star Wars, hehe. It is actually a metal keranda, tightly sealed and wrapped, inside and outside. When they wanted to open the coffin, everyone was anxious to see how he looks like, especially kids. During that time lah, the two photographers was again busy taking pictures. Again, the family told them no to do so. And finally they show some sign of understanding. But not for long. They again snap snap here and there. I said to them, "Abang berdua, boleh keluar tak dari surau kalau susah sangat nak dengar kata?".

...After that then they realized that this is actually a sensitive issue. Bodoh punya orang lah.

So half of my day was spent at Nublan's house, met up some friends. I met an unexpected person, in an unexpected event. His name is Faiz, long-lost friend since Standard 5. Oh man, he is now good-looking guy with the same mata sepet I know. At least good thing do happens, anywhere..

Alhamdulillah, everything ran smoothly. Today I lost a friend and found a new friend, but he will be remembered. Semoga peristiwa ini membawa seribu satu hikmah. Amin.

Dilemma Week 12

To go or not to go? To do or not to do? This questions always come to our mind when making decisions. The pros and cons in every decision sometimes makes it more difficult to decide. Like in a malay phrase, "Makan mati emak, luah mati bapak". But not as extreme as the phrase pictures like. Haih.

Anyway, my dad is not around for a week. So I have to take over all of his 'responsibilities' at home. Siram pokok, bagi makan ayam and kucing; wash the cars and even mow the lawn. Now I know that its hard to be a father. Exams coming so I got no time to go anywhere. I have exactly 13 days before the exam.

....and I realized all my friends treat me like Johan nowadays. Why ah?

Wednesday, May 27, 2009

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Nublan Zaki bin Norhadi

Allahyarham Nublan Zaki selamat kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 24 May 2009 bersamaan 30 Jamadilawal 1430 hijrah. Walaupun beliau tidak begitu rapat sepertimana rapatnya dia dengan adikku, kehilangannya amat dirasai oleh aku dan juga bapaku. Telah kukenali arwah sejak beliau masih dibangku sekolah dan sering mengunjungi rumahku.

"Ayah ingat lagi dia ni baik budaknya. Selalu datang rumah kita dulu nak jumpa Ilyas." kata bapaku.

Kali terakhir ku berjumpa dengan arwah adalah hampir setahun yang lalu, sebelum aku bertolak untuk ke Melbourne dan juga sebelum beliau berangkat ke Penn State University. Petikan akhbar dari The Daily Times;

A college student who was to fly home to Malaysia next week was found dead at the base of Abram's Falls at 1:30 p.m. Monday.

Nublan Zaki Norhadi, who was 20 years old, was with a group of about 30 college students from Penn State. This was not school-sponsored, but a trip planned to the Smokies by the students themselves, said Bob Miller, Smokies public information officer.

They arrived at the Abram's Falls Trailhead at 5:30 p.m. Sunday and got to the falls at 6:20 p.m


Miller said it is unclear whether Norhadi was wading on the series of steps and was swept away to the base of the falls or if the jumped in and was swimming and them swept away by the strong current. Thanks to recent rains, the water at the falls was higher than usual, which made the current even stronger.

"Two of his buddies attempted to rescue Norhadi, but were also being swept away and had to be pulled out by other buddies," Miller said.

Swimming is not banned at the falls but there is a sign warning of the strong current and hazards at the falls, he added.

"It would have taken a strong swimmer to get out of the current and the other students said Norhadi was not a strong swimmer," Miller said.

Abrams Falls is located 2.5 miles up the trail that starts off a stub road in Cades Cove that is located to the right just before the Cable Mill.

The body was found at 1:30 p.m. Monday 30 feet down by the Blount Special Operations Response Team (BSORT) divers, Miller said. They arrived at 10:30 a.m. Monday at the falls. Three pack mules were used to carry in their equipment.

The park does not have a dive team. The man had been reported missing at 7 p.m. Sunday.

In April 2004 a 14-year-old from Vine Middle School in Knoxville drowned under the same falls.


Gambar terakhir beliau dirumahku (June 2008).

Kepada keluarga beliau, harap bersabar dengan pemergiannya; Allah lebih menyayanginya dari kita semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Friday, May 22, 2009

Who Painted The Moon Black

I was digging my old CD collections and suddenly I found this old CD. =)


It was given to me as my 18th birthday present. It is Hayley Westenra's Pure album. Well I know people outside there will be questioning about my music taste but when I listened to the album, her voice just amazed me. My favourite songs from the album would be 'Pokarekare Ana' and 'Who Painted The Moon Black'.

This is the videoclip of 'Who Painted The Moon Black'. Enjoy it coz I do. Hehehe!



I'm going off for trip to Jerangkang Waterfall tonight. This would be the last outing before the exams as I have to focus on my next paper. =)

Sunday, May 3, 2009

Penang Trip

Yahoooo!! Kali ni aku dapat jugak merasa pegi Pulau Penang setelah sekian lama mengidam. Tapi timing untuk bercuti ni agak tak kena lah tapi since lepas ni memang susah nak pergi bercuti, aku pun sebat je la ikut walaupun assignment berlambak-lambak nak kena siapkan. Jadi sebelum pegi ikut bercuti aku berusaha nak siapkan assignment aku, takde lah balik nanti kelam-kabut sangat.

Hari Jumaat, 1st May 2009
Tepat jam 10:00AM, kitorang semua bertolak dari rumah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam mengikut kata daripada ayah aku. So aku pun duduk seat belakang macam biasa, tidur sepanjang perjalanan. Tak tidur nyenyak jugak sebab aku tak pernah pegi Pulau Pinang, nak tau jugak nanti jalan macam mane nak pegi.

Merentasi Jambatan Pulau Pinang

Agak mahal jugak kadar tol sepanjang perjalanan ni. Satu trip pegi dah nak dekat RM50. Nasib baik pakai Touch'N'Go kalau tak memang kena beratur la setiap plaza tol. Cuti minggu ni 3 hari jadi orang yang mengambil peluang datang Penang ataupun balik ke kampung halaman memang ramai.

Ayah aku menyewa rumah berhampiran Batu Ferringhi, lebih tepat lagi dekat Pantai Shamrock. Ape entah nama kondo tu tapi tempat tu tak ramai orang duduk. Rumah sebelah pun kosong! Tu yang paling menakutkan tu, sebab tempat tu dah dibina lebih 20 tahun tapi takde orang duduk langsung. Macam-macam aku fikir dikepala ni.

Kitorang sekeluarga sampai lebih kurang pukul 4:00PM sebab jammed lepas jambatan Pulau Pinang nak menghala ke Batu Ferringhi. Aku bersiap-siap dan berseluar pendek terus pegi turun pantai. Tapi kitorang rasa pantai tu tak best sebab persisiran pantai dia pendek dan kecik. Ramai jugak la yang duduk lepak-lepak situ celupkan kaki. Aku dengan adik aku pun try lah makan laksa yang dijual dekat tepi laut tu. Boleh tahan jugak la tapi kecik sangat mangkuknya. Alahai, sayang.

Mak aku called aku tanya aku dekat mana, sebab dia keluar bilik air tiba-tiba aku dengan adik aku hilang pegi jalan. So dia pun tak lama kemudian join aku makan laksa. Lepas makan laksa tu kitorang pun pegi la jalan-jalan Teluk Bahang, berhampiran Batu Ferringhi jugak. Dekat situ ada Taman Negara Pulau Pinang. Ada jugak kampung nelayan dan juga jeti.

Jeti Teluk Bahang

Jam menunjukkan pukul 7:00PM dah. Jadik kitorang nak balik, mandi dan bersiap nak pegi makan nasi kandar pulak. Kitorang tanya lah penjaga rumah kitorang tu, dekat mana makan nasi kandar sedap-sedap. Dia kata sebelah Masjid Kapitan Keling. Jadi kitorang pun keluar rumah pegi la situ. Aduh, taktau pulak nak pegi situ je dah makan masa lebih kurang sejam. Jammed teruk sepanjang perjalanan.

Macam biasa ayah aku suka gambar dia diambil.

Nama warung ni Nasi Kandar Beratur, terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Dari nama dia memang betullah kena beratur panjang. Kitorang sampai situ dalam pukul 9:35PM dan duduk di dalam bahagian kedai. Jadik kitorang ni kira tak payah beratur lah. Kedai dia pun bukak pukul 10:00PM hingga ke 6:00AM. Kira awal lah kitorang ni. Hahaha. Kitorang dapat makanan selepas menunggu lebih 45 minit.

Verdict: Kuah campur dia lebih kepada rasa kari kepala ikan dan rasa dia smooth sikit dan 'rich' kalau dibandingkan dengan Restoran Pelita atau D'Kayu. Bagus untuk penggemar rasa masam sedikit.

Suggestion: Cuba makan dia punya telur bawang, sedappp~

Lepas semua sekali dah kenyang, baru lah kitorang balik rumah. Sampai pun pukul 11:30PM. Lambat betul dinner kitorang. Tak sempat kitorang nak singgah pasar malam dekat Batu Ferringhi.

Hari Sabtu, 2nd May 2009
Kitorang bangun agak awal lah pagi tu dengan harapan nak pegi breakfast dan jalan-jalan sekitar pulau. Breakfast dekat Restoran Subaidah (lebih kurang Restoran Pelita) dan terus pegi Botanical Garden. Kitorang pegi pun sebab nak jumpa kawan yang dah lama tak jumpa, hahaha.


Kedai aiskrim yang banyak sangat kon
Kawan kami: Si monyet nakal

Lepas melawat kawan kitorang dekat Botanical Garden, kitorang pun menuju ke Bukit Bendera. Perjalanan ada dalam 20 minit jugak. Punyalah terkejut kitorang bila sampai Bukit Bendera. Ramai betul orang nak naik Bukit Bendera tu. Disebabkan kitorang nak naik jugak, ayah aku pun beraturlah lagi sekali. Aku rasa time tu lebih kurang pukul 10:50AM.

Ayahku lagi sekali, suka diambil gambarnya

Kitorang dapat ticket pukul 3:00PM tapi kitorang beli pukul 11:00AM. Bayangkan betapa ramainya orang nak naik Bukit Bendera. So kitorang pegi la jalan-jalan sementara tu. Ada 4 jam sebelum dapat naik jadi kitorang pegi Padang Kota, makan-makan. Padang kota kalau tengahari memang macam pekan mati, memang kena datang malam. Antara kedai yang baru bukak pun kedai pasembor. Ape lagi kitorang sebat lah. Sotong, ketam dan macam-macam lagi la kitorang kaut. Heh heh heh. Aku amat tertarik dengan pantun kedai dorang ni. "Kalau sedap beritahu kawan, Kalau tidak sedap beritahu kami, Harap maaf,". Hai, kalau tidak sedap beritahu kami (jangan beritahu kawan ke?). Hehehehe.


Lepas makan ialah sesi berjalan-jalan di Padang Kota pulak. Padang Kota ni macam Dataran Merdeka jugak cuma dia ada laut. Sedap sikit kalau lepak malam-malam, sejuk je. Sepanjang perjalanan tu ada bangunan lama-lama, cantik jugak tapi tak sempat lah nak ambik gambar semua. Kalau lah ada extra sehari lagi cuti kan best. So, ada masa lagi nak dihabiskan, kitorang pun pegi la masuk Fort Cornwallis. Dalam tu dia ceritakan sejarah Sir Francis Light dan jugak sejarah Pulau Pinang.


Bila kitorang tengok jam, dah pukul 1:55PM. Alamak! Lagi sejam nak naik Bukit Bendera. Kitorang pun bergegas pegi ke kereta dan terus menuju ke Bukit Bendera. Memang patut kitorang bergegas pun, sepanjang perjalanan memang jalan jammed, packed dengan kereta. Masing- masing dah tengok jam bila lah nak sampai. Nasib kitorang agak baik, sampai lagi 15 minit sebelum pukul 3:00PM. Lega rasanya. So kitorang pun beraturlah untuk dapat tempat yang best dalam train tu.


Bila kitorang sampai atas je, hujan dah semakin lebat seperti dapat digambarkan dalam gambar dekat atas ni. Apalagi terpaksa kitorang tunggu sampai hujan berhenti. Nasib baik menyebelahi kitorang lagi. Hujan berhenti tak sampai 15 minit lepas kitorang sampai. Hujan berhenti je, kitorang jalan-jalan lah area Bukit Bendera tu. Banyak jugak benda dekat atas ni. Ada kedai makan, balai, masjid, dan paling best ada hotel.


Lepas kitorang dah rasa boring dekat atas ni, kitorang pun turun lah bawah balik dalam pukul 5:00PM macam tu. Time ni semua orang dah penat, tak larat dah nak jalan-jalan lagi. Jadi dengan kaki yang lemah kitorang pun naiklah train turun kebawah. Kali ni kitorang dapat jugak lah duduk dekat depan sekali. Bertuah betul.


Sampai je dekat rumah, kitorang semua terbungkang. Adik aku tidur sampai pukul 10:00PM tapi aku tak tidur. Aku takde lah rasa penat sangat. So aku pun ajak la ayah aku pegi pasar malam dekat Batu Ferringhi yang tak sempat kitorang pegi pada hari sebelumnya. Wah, punyalah best duduk dekat Batu Ferringhi ni, tak ubah macam dekat Bali! Macam- macam kedai ada. Dari kelab malam ke kedai menjual barang tiruan, semua sekali ada. Cuma sini lagi hebat lah dari Petaling Street. Tapi kali ni kitorang tak bernasib baik. Hujan turun dengan lebat sekali, sehingga memaksa aku untuk tidak mengeluarkan camera aku. Kena air nanti apelah jadik... Jadik ada sikit je gambar aku amik.

Pasar Malam Batu Ferringhi

Hujan makin lebat jadi kitorang pun terpaksa balik awal lah. Dalam perjalanan balik tu kitorang terserempak dengan kereta yang baru je mengalami kemalangan. Tak teruk jugak la tapi tu pengajaran untuk tak bawak kereta laju-laju dalam cuaca basah. Teruk jadiknya nanti.

Proton Iswara yang terbabit dalam kemalangan

Balik kitorang pun terus tido, dah taktau nak buat apa dah. Keesokan nya kitorang nak pegi jalan-jalan tepi pantai lepas subuh sebelum kitorang balik. Tak sempat pun nak mandi pantai.. Takpelah mungkin lain kali aku pegi lagi......

Hari Ahad, 3rd May 2009
Aku bangun subuh terdengar lah bunyi hujan yang lebat. Ayah aku cakap hujan lebat dari malam tadi, tak berhenti-henti. Aduh, tak dapat la turun ke pantai. So kitorang semua packing-packing barang dan baju. Terus keluar dari rumah.

Aku buat special request, nak balik naik feri. Baru lah best kan? So kitorang pun pegi lah ke jeti feri.


Bila dah sampai rumah, masing-masing terus je tidur. Aku pulak busy meng-update blog ni. Fuhhh, akhirnya siap juga setelah menulis lebih 2 jam. Terima kasih kerana membaca. Pulau Pinang; akan aku datang lagi lain kali!

Monash Cultural Night

Aku memang tak puas hati betul lah performance untuk Monash Cultural Night ni. Aku ingatkan persembahan kebudayaan, tapi lama-lama jadi medan nyanyian pulak. Dah la persembahan nye pun setakat ala-kadar je tambah pulak fashion show yang meleret-leret panjangnya. Aku punya tak puas hati nya sampai aku malas nak amik gambar performance, baik amik gambar kawan-kawan lagi best, hahaha.

Ramai jugak la yang attend Monash Cultural Night ni tapi aku rasa dorang mesti balik dengan perasaan hampa. Aku yang semangat dengan baju melayu bersamping dan juga bersongkok pun kecoh lah mengambil gambar orang yang datang.


Event ni habis dalam pukul 11:30PM, terlalu lewat bagi aku. Aku terpaksa balik awal sebab mak aku dah bising, haha. Lagi pun aku kena keluar awal pagi esok pegi bercuti ke Penang.. Yahoo! Okay gambar ni melambangkang patriotism sikit lah. Hehehe.



Followers