Haloooo everyone. Akhirnya sampai jugak ke rumah tercinta ni. Rindu gila dengan katil empuk dan juga kucing2. Oh ya kalau korang taktau dari mana aku balik, sebenarnya baru balik dari Pulau Perhentian! Hehe. Sekarang ni kulit aku super gelap dan juga berbelang2 macam zebra. Haih macam rupa orang asli dah aku ni.
Trip ni kitorang bertiga plan dari awal tahun lagi. Kumpul duit dgn cari resort yang best. Boleh dikatakan best jugak lah trip kali ni. Tujuan kitorang ke Pulau Perhentian still sama macam Pulau Redang; pegi snorkeling dan kalau sempat berkayak satu pulau. Kitorang stay dekat pulau tu selama 3 hari 2 malam (plus satu malam lagi yang sepatutnya tidak berlaku..hahaha).
Day 1Kitorang sampai jeti Kuala Besut dalam pukul 7:00 pagi setelah bertolak dari Hentian Putra pukul 9:30 malam. Lebih kurang 10 jam jugak perjalanan dia. Sepanjang perjalanan tu aku tido je. Sepatutnya kitorang amik bot pukul 7:30 pagi tapi since kepala kitorang ni tak betul lagi lepas naik bas tu, kitorang pun terlepas la bot yang sepatutnya hantar kitorang pegi Pulau Perhentian. Hehehe...
Since kitorang terlepas bot tu. Kitorang kena tunggu next session. Next bot yang datang jeti tu datang pukul 9:30pagi, ada la 2 jam jugak kitorang tunggu bot tu sampai. Tapi sementara tu kitorang breakfast dulu dekat kedai dekat dengan jeti ni. Best jugak breakfast orang Terengganu, nasi lemak dengan nasi dagang. Ramai orang datang kedai ni beli nasi dagang dia..
Tepat pukul 9:30pagi kitorang pun bertolak ke Pulau Perhentian. Cuaca cerah dan panas masa kitorang bertolak dari jeti. Alhamdulillah nasib kitorang baik kali ni. Perjalanan dari jeti ke pulau ada dalam 4o minit. Lepas 40 minit sampai lah kitorang dekat Arwana Perhentian Resort, tempat yang kitorang duduk.
Time sampai tu memang lapar gila. Lapar tak ingat punya lah. Tapi kitorang teringat yang time tu baru pukul 10:00. Lunch pukul 12:30. Penantian satu seksaan. Disebabkan kitorang tak tahan dah nak makan sangat, kitorang pun ronda la persisiran pantai pulau ni.. Macam-macam manusia kitorang jumpa. Matsaleh ramai, 'couple tak kawin lagi tapi duduk sebilik' pun ramai jugak.
Lama jugak la melangut tengok air laut macam orang gila. Dah siap mandi swimming pool pun bila tengok jam, "Ish lama lagi makan niiiii". Bila sampai masa makan je, haa! Apa lagi, rasa tamak haloba membuak-buak. Makan berpinggan-pinggan. Full course meal lagi, haha. Ayam, daging, ikan dan sotong semua aku sebat. Bubur kacang, kuih-muih dan buah-buahan semua aku hentam. Tak tinggalkan satu pun.. Macam orang tak makan bertahun-tahun.
Hish, tempat ni kalau bab makan mesti macam peperangan. Sape cepat dapat banyak. Tapi betul gak ada orang datang lambat sejam dah takde makanan. Semua disebat licin. Bila habis makan je, kitorang pun tunggu lagi sejam sebelum pegi snorkeling, 1st snorkeling. Ada 2 snorkeling kitorang kena pegi.
Aku tak ingatlah nama tempat snorkeling yang kitorang pegi tu. Tapi, tempat tu memang penuh lah. Berapa bot tah datang tempat snorkeling tu. Macam pesta cari emas di dasar laut. Seronok jugak la snorkeling ni walaupun tengah2 panas pukul 3:00 petang tu. Balik bilik dah hitam legam. Heh heh heh.
Agak mengecewakan la kali ni snorkeling dia. Terlalu ramai orang dan juga tak banyak dah coral yang cantik2. Sayang betul, nampaknye memang kena buat trip pegi Pulau Sipadan lepas ni. Mengikut kata orang sana, 10 tahun lepas tepi pantai pun boleh tengok coral lagi.. Tapi sekarang dah takde..
Lepas kitorang snorkeling je, kitorang terus balik bilik mandi mandi untuk dinner pulak. Dinner pukul 7:30malam tapi kitorang pukul 7:15 dah keluar. Sebabnye time tu kitorang memang dah lapar sangat dan kalau nak amik makanan nanti kena beratur panjang so baik datang awal sikit. Macam biasa orang macam kitorang ni tamak haloba bila bab makan buffet ni... Hahahaha... Takpe yang penting habis licin!
Lepas makan ape lagi, sesi amik gambar la pulak. Pulau ni malam je macam dah mati. Yang bukak tu tempat lepak2 macam pub dengan bar. Tapi aku mane la layan minum2 todi ni. Kalau ada joget2 boleh la jugak join, hehe. Masa kitorang duduk sini, memang tido macam budak kecik. Tido pukul 10:00malam bangun pukul 6:30pagi. Dapat 8 jam tido.
Day 2Macam biasa aku bangun paling awal since malam dah tido awal. Bangun pagi untuk memulakan peperangan lagi. Peperangan breakfast pulak. Hehehe. Pagi pun kitorang bedal makan banyak. Mee goreng dan nasik lemak memang kitorang sumbat (rugilah tak makan kan? dah bayar... hahaha). Ni dah macam percutian makan bukan percutian snorkeling.
Lepas breakfast kitorang pegi snorkeling lagi. Masa tu pukul 9:30pagi jadi taklah panas sangat macam hari sebelumnya. Dengan perut yang penuh kitorang pun bertolak ke satu spot snorkeling yang agak cantik. Nama tempat tu D'Lagoon. First time nampak kincir angin dekat Malaysia. Hmm, baru aku tau mana dorang dapat bekalan elektrik tu dari mana.
Merujuk kepada gambar diatas, mamat ni sebenarnya baru lepas muntah. Mabuk naik bot. Time ni aku dah gelak tak ingat dah... Hahahaha aparaaa muntah2.
Kitorang habis snorkeling dalam pukul 11 lebih jugak. Hampir2 kepada time lunch pulak. Hish dalam fikiran aku time ni fikir makannnn aje. Tapi betul lah kan lepas buat sesuatu kerja yang amat mengerah tenaga mesti kelaparan. Hehehe. Ape lagi, macam biasa kitorang sebat lagi makanan yang ada dihidangkan dekat situ. Banyak gila kitorang amik. Haih, percutian makanan.
Lepas kitorang makan dah takde aktiviti nak buat dah. Ronda-ronda pantai tunggu nak balik rumah aje lah. Kitorang bernasib baik jugak sebab tempat yang kitorang pegi ni, pantai dia cantik. Pasir bersih dengan laut biru kehijauan. Ditambah dengan matahari yang terik memancar, memang cantik la tempat tu. Kitorang pun ape lagi amik la sebanyak mana gambar yang boleh, buat kenang-kenangan.
Habis amik gambar kitorang pun balik lah bilik semula... Merehat rehatkan badan untuk peperangan seterusnya. Hahaha. Malam punya dinner lagi best, ada BBQ. Ada kambing, daging, ayam, ikan bakar, sotong dan juga sausages. Nyum nyum. Favourite aku semestinya hampir kesemuanya! Tapi aku tak makan sangat sotong dengan ikan. Nak amik BBQ pun beratur panjang, siap ada yang marah2 lagi hanya disebabkan tak dapat penyepit.. Hahaha.. Makan pun boleh jadik gaduh. Macam biasa, gambar makan mesti ada, penting tu. Hehehe..
Haih. Duduk dekat sini memang macam syurga di dunia. Makan banyak gila. Patutlah aku rasa macam berat badan aku ada naik sikit. Mungkin sebab ni lah rasanya. Hahaha. Hari ketiga dan keempat memang takde gambar sebab aku dah penat sangat dah nak amik gambar. Mood pun dah takde.
Hari ketiga tu kitorang balik semula ke Kuala Besut pukul 12:00tengahari. Sampai jeti je terus kitorang cari rumah tumpangan. Rumah tumpangan?? Sebabnya kitorang tak beli tiket balik awal2 jadik terpaksa bermalam dekat Kuala Besut semalaman. Nasib baik bilik tak mahal, RM30 semalam je. Boleh jadik gila jugak duduk dekat Kuala Besut tu seharian. Taktau boleh buat apa lagi. TV takde, aircond takde. Tempat makan pun limited. Adoi...
Hari keempat tu kitorang pun balik la menuju ke Hentian Putra. Bertolak pukul 9:30pagi, sampai pukul 7:00 malam. Dahlah bas aircond tak sejuk, macam sauna pulak dalam bas. Masing-masing complaint panas nak mampus tapi nak buat macam mana. Orang bawak bas tu bukannya mekanik.
So konklusion nye, trip kali ni memang best. Tapi tak dapat dibandingkan Pulau Redang 2 tahun lepas. Pulau Redang memang lagi best, ikan pun lagi banyak dan aktiviti malam pun meriah. Kepada korang yang belum pernah pegi lagi Pulau Perhentian, cubalah pegi masa cuti-cuti nanti. Tempatnya aman, jauh dari kesibukan kota. Alright. Penat menulis dah. Ciao!
Oh sebelum menamatkan cerita, ada satu mamat ni suka mengambil gambar perempuan berbikini takpun perempuan yang cun2 dekat resort tu.. So aku pun amik lah gambar dia untuk dikongsi bersama-sama..
Bukan main mengendap belakang pokok kecik, tapi perut cannot cover lah... Next time dia kene pakai DSLR lah baru lah tak kantoi macam ni... Haa ni kan dah kantoi dengan aku... Hahahahaha... Thanks for reading! Salam. ;)