Sunday, May 3, 2009

Penang Trip

Yahoooo!! Kali ni aku dapat jugak merasa pegi Pulau Penang setelah sekian lama mengidam. Tapi timing untuk bercuti ni agak tak kena lah tapi since lepas ni memang susah nak pergi bercuti, aku pun sebat je la ikut walaupun assignment berlambak-lambak nak kena siapkan. Jadi sebelum pegi ikut bercuti aku berusaha nak siapkan assignment aku, takde lah balik nanti kelam-kabut sangat.

Hari Jumaat, 1st May 2009
Tepat jam 10:00AM, kitorang semua bertolak dari rumah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam mengikut kata daripada ayah aku. So aku pun duduk seat belakang macam biasa, tidur sepanjang perjalanan. Tak tidur nyenyak jugak sebab aku tak pernah pegi Pulau Pinang, nak tau jugak nanti jalan macam mane nak pegi.

Merentasi Jambatan Pulau Pinang

Agak mahal jugak kadar tol sepanjang perjalanan ni. Satu trip pegi dah nak dekat RM50. Nasib baik pakai Touch'N'Go kalau tak memang kena beratur la setiap plaza tol. Cuti minggu ni 3 hari jadi orang yang mengambil peluang datang Penang ataupun balik ke kampung halaman memang ramai.

Ayah aku menyewa rumah berhampiran Batu Ferringhi, lebih tepat lagi dekat Pantai Shamrock. Ape entah nama kondo tu tapi tempat tu tak ramai orang duduk. Rumah sebelah pun kosong! Tu yang paling menakutkan tu, sebab tempat tu dah dibina lebih 20 tahun tapi takde orang duduk langsung. Macam-macam aku fikir dikepala ni.

Kitorang sekeluarga sampai lebih kurang pukul 4:00PM sebab jammed lepas jambatan Pulau Pinang nak menghala ke Batu Ferringhi. Aku bersiap-siap dan berseluar pendek terus pegi turun pantai. Tapi kitorang rasa pantai tu tak best sebab persisiran pantai dia pendek dan kecik. Ramai jugak la yang duduk lepak-lepak situ celupkan kaki. Aku dengan adik aku pun try lah makan laksa yang dijual dekat tepi laut tu. Boleh tahan jugak la tapi kecik sangat mangkuknya. Alahai, sayang.

Mak aku called aku tanya aku dekat mana, sebab dia keluar bilik air tiba-tiba aku dengan adik aku hilang pegi jalan. So dia pun tak lama kemudian join aku makan laksa. Lepas makan laksa tu kitorang pun pegi la jalan-jalan Teluk Bahang, berhampiran Batu Ferringhi jugak. Dekat situ ada Taman Negara Pulau Pinang. Ada jugak kampung nelayan dan juga jeti.

Jeti Teluk Bahang

Jam menunjukkan pukul 7:00PM dah. Jadik kitorang nak balik, mandi dan bersiap nak pegi makan nasi kandar pulak. Kitorang tanya lah penjaga rumah kitorang tu, dekat mana makan nasi kandar sedap-sedap. Dia kata sebelah Masjid Kapitan Keling. Jadi kitorang pun keluar rumah pegi la situ. Aduh, taktau pulak nak pegi situ je dah makan masa lebih kurang sejam. Jammed teruk sepanjang perjalanan.

Macam biasa ayah aku suka gambar dia diambil.

Nama warung ni Nasi Kandar Beratur, terletak bersebelahan Masjid Kapitan Keling. Dari nama dia memang betullah kena beratur panjang. Kitorang sampai situ dalam pukul 9:35PM dan duduk di dalam bahagian kedai. Jadik kitorang ni kira tak payah beratur lah. Kedai dia pun bukak pukul 10:00PM hingga ke 6:00AM. Kira awal lah kitorang ni. Hahaha. Kitorang dapat makanan selepas menunggu lebih 45 minit.

Verdict: Kuah campur dia lebih kepada rasa kari kepala ikan dan rasa dia smooth sikit dan 'rich' kalau dibandingkan dengan Restoran Pelita atau D'Kayu. Bagus untuk penggemar rasa masam sedikit.

Suggestion: Cuba makan dia punya telur bawang, sedappp~

Lepas semua sekali dah kenyang, baru lah kitorang balik rumah. Sampai pun pukul 11:30PM. Lambat betul dinner kitorang. Tak sempat kitorang nak singgah pasar malam dekat Batu Ferringhi.

Hari Sabtu, 2nd May 2009
Kitorang bangun agak awal lah pagi tu dengan harapan nak pegi breakfast dan jalan-jalan sekitar pulau. Breakfast dekat Restoran Subaidah (lebih kurang Restoran Pelita) dan terus pegi Botanical Garden. Kitorang pegi pun sebab nak jumpa kawan yang dah lama tak jumpa, hahaha.


Kedai aiskrim yang banyak sangat kon
Kawan kami: Si monyet nakal

Lepas melawat kawan kitorang dekat Botanical Garden, kitorang pun menuju ke Bukit Bendera. Perjalanan ada dalam 20 minit jugak. Punyalah terkejut kitorang bila sampai Bukit Bendera. Ramai betul orang nak naik Bukit Bendera tu. Disebabkan kitorang nak naik jugak, ayah aku pun beraturlah lagi sekali. Aku rasa time tu lebih kurang pukul 10:50AM.

Ayahku lagi sekali, suka diambil gambarnya

Kitorang dapat ticket pukul 3:00PM tapi kitorang beli pukul 11:00AM. Bayangkan betapa ramainya orang nak naik Bukit Bendera. So kitorang pegi la jalan-jalan sementara tu. Ada 4 jam sebelum dapat naik jadi kitorang pegi Padang Kota, makan-makan. Padang kota kalau tengahari memang macam pekan mati, memang kena datang malam. Antara kedai yang baru bukak pun kedai pasembor. Ape lagi kitorang sebat lah. Sotong, ketam dan macam-macam lagi la kitorang kaut. Heh heh heh. Aku amat tertarik dengan pantun kedai dorang ni. "Kalau sedap beritahu kawan, Kalau tidak sedap beritahu kami, Harap maaf,". Hai, kalau tidak sedap beritahu kami (jangan beritahu kawan ke?). Hehehehe.


Lepas makan ialah sesi berjalan-jalan di Padang Kota pulak. Padang Kota ni macam Dataran Merdeka jugak cuma dia ada laut. Sedap sikit kalau lepak malam-malam, sejuk je. Sepanjang perjalanan tu ada bangunan lama-lama, cantik jugak tapi tak sempat lah nak ambik gambar semua. Kalau lah ada extra sehari lagi cuti kan best. So, ada masa lagi nak dihabiskan, kitorang pun pegi la masuk Fort Cornwallis. Dalam tu dia ceritakan sejarah Sir Francis Light dan jugak sejarah Pulau Pinang.


Bila kitorang tengok jam, dah pukul 1:55PM. Alamak! Lagi sejam nak naik Bukit Bendera. Kitorang pun bergegas pegi ke kereta dan terus menuju ke Bukit Bendera. Memang patut kitorang bergegas pun, sepanjang perjalanan memang jalan jammed, packed dengan kereta. Masing- masing dah tengok jam bila lah nak sampai. Nasib kitorang agak baik, sampai lagi 15 minit sebelum pukul 3:00PM. Lega rasanya. So kitorang pun beraturlah untuk dapat tempat yang best dalam train tu.


Bila kitorang sampai atas je, hujan dah semakin lebat seperti dapat digambarkan dalam gambar dekat atas ni. Apalagi terpaksa kitorang tunggu sampai hujan berhenti. Nasib baik menyebelahi kitorang lagi. Hujan berhenti tak sampai 15 minit lepas kitorang sampai. Hujan berhenti je, kitorang jalan-jalan lah area Bukit Bendera tu. Banyak jugak benda dekat atas ni. Ada kedai makan, balai, masjid, dan paling best ada hotel.


Lepas kitorang dah rasa boring dekat atas ni, kitorang pun turun lah bawah balik dalam pukul 5:00PM macam tu. Time ni semua orang dah penat, tak larat dah nak jalan-jalan lagi. Jadi dengan kaki yang lemah kitorang pun naiklah train turun kebawah. Kali ni kitorang dapat jugak lah duduk dekat depan sekali. Bertuah betul.


Sampai je dekat rumah, kitorang semua terbungkang. Adik aku tidur sampai pukul 10:00PM tapi aku tak tidur. Aku takde lah rasa penat sangat. So aku pun ajak la ayah aku pegi pasar malam dekat Batu Ferringhi yang tak sempat kitorang pegi pada hari sebelumnya. Wah, punyalah best duduk dekat Batu Ferringhi ni, tak ubah macam dekat Bali! Macam- macam kedai ada. Dari kelab malam ke kedai menjual barang tiruan, semua sekali ada. Cuma sini lagi hebat lah dari Petaling Street. Tapi kali ni kitorang tak bernasib baik. Hujan turun dengan lebat sekali, sehingga memaksa aku untuk tidak mengeluarkan camera aku. Kena air nanti apelah jadik... Jadik ada sikit je gambar aku amik.

Pasar Malam Batu Ferringhi

Hujan makin lebat jadi kitorang pun terpaksa balik awal lah. Dalam perjalanan balik tu kitorang terserempak dengan kereta yang baru je mengalami kemalangan. Tak teruk jugak la tapi tu pengajaran untuk tak bawak kereta laju-laju dalam cuaca basah. Teruk jadiknya nanti.

Proton Iswara yang terbabit dalam kemalangan

Balik kitorang pun terus tido, dah taktau nak buat apa dah. Keesokan nya kitorang nak pegi jalan-jalan tepi pantai lepas subuh sebelum kitorang balik. Tak sempat pun nak mandi pantai.. Takpelah mungkin lain kali aku pegi lagi......

Hari Ahad, 3rd May 2009
Aku bangun subuh terdengar lah bunyi hujan yang lebat. Ayah aku cakap hujan lebat dari malam tadi, tak berhenti-henti. Aduh, tak dapat la turun ke pantai. So kitorang semua packing-packing barang dan baju. Terus keluar dari rumah.

Aku buat special request, nak balik naik feri. Baru lah best kan? So kitorang pun pegi lah ke jeti feri.


Bila dah sampai rumah, masing-masing terus je tidur. Aku pulak busy meng-update blog ni. Fuhhh, akhirnya siap juga setelah menulis lebih 2 jam. Terima kasih kerana membaca. Pulau Pinang; akan aku datang lagi lain kali!

2 comments:

Imperfection said...

haha shana slalu mintak nak blk naek free if dtg through the jambatan.

nanti jom buat trip to penang! :D

Imperfection said...

eh baru perasan.

FERRY.

asal slalu typo bile sampai kat page u mane2 eh. haha

Followers