Sunday, April 12, 2009

First Post

Halooo semua ini post yang pertama. Post pertama untuk blog ni lah. Ada banyak je blog tapi semua terkandas ditengah jalan, takde semangat nak menulis. Setelah ramai yang suruh aku buat blog ni akhirnya aku mengalah kepada tekanan rakan-rakan..

Aku bukan lah active sangat menulis blog tapi minat aku tertumpu kepada photography. Jadi aku akan pergi kemana-mana bersama camera ku. Pergi ke uni, pergi ke rumah kawan dan jika ada acara tertentu, akan aku bawak cameraku. Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas Monash University telah mengadakan 'fire drill'.. Tepat pukul 10:10AM, emergency alarm dibunyikan. Perit jugak la bunyinya. Masa tu aku dalam perjalanan ke library, nak cari kawanku bernama Johan. Dia ni first time aku tengok busy buat kerja. Kalau tak asyik nampak dekat MUSA Lounge je keje nye..

Johan : Pernah Dikecewakan Beberapa Kali

Ape lagi semua orang angkut barang lari ke 'assembly point'. Ada orang yang nak cepat turun bangunan pakai lift. Alasan mereka, "Nak cepat keluar". Hmm, betul jugak alasan tu. Nak turun tangga sikit punya tinggi, hehehe. So semua orang angkut barang bawak semua sekali pegi ke assembly point..


Macam konsert David Archuleta pulak..

For some undisclosed reason this section has been deleted. :)

No comments:

Followers