Berbalik kepada tahun 2006, ada seekor kucing ni warna dia macam warna rambut penyanyi Korea tu datang lah ke rumah aku dengan membawa tiga ekor anak dia yang aku rasa baru je seminggu. Kecik, Putih dan Jimbam. Tu kitorang namakan. Semenjak dari tarikh tu, aku dah lost count berapa banyak kali dah dia beranak dekat rumah aku. Banyak sangat dah kucing aku bela. Semua sekali aku sayang. ;)
Ada pernah sekali anak si Buncit ni nak beranak atas seluar aku. Habis basah seluar aku dengan air ape entah nama dia. Hahaha. Aku tak sanggup nak pegi buang kucing. Kalau aku tak nak banyak kucing, aku akan bagi orang takpun sedekah dekat SPCA.
Nak dipendekkan cerita, aku pun happy jugak lah dapat kucing baru. Meriah balik rumah ni nanti. Empat ekor anak Buncit. Dua warna lembu Australia dan dua lagi warna Garfield. Yahoo!
Oh, kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil salah satu anak kucing ni, jangan segan jangan malu sila drop comment! Tapi kena tunggu kurang-kurang sebulan untuk bagi dia cukup besar untuk dipisahkan dari ibunya. Tak larat la nak jaga 8 ekor kucing dekat rumah.
Setiap minggu aku akan post gambar dorang supaya korang boleh tengok macam mana diorang membesar. Mungkin sesetengah orang tak sedar kucing umur 2 bulan dah dikira dewasa. Sekian berita terkini. Terima kasih kerana membaca! Salam.
No comments:
Post a Comment