Saturday, April 18, 2009

Mencari dan Memusnahkan Empat 'Orang' Kuda

Jumaat malam bertempat di De Rhythmyx@SS15, aku join kawan aku yang akan perform masa Monash Music Festival 25 April ni. Dorang akan perform bersama Love Me Butch, Seven Collar TShirt, Ben's Bitches dan Seven. So dorang ni agak talented la kiranya. Dorang namakan diri dorang ni Antithesis. Terdiri daripada Johan Hakim, Ariff, Aman, Armand dan Ivaldi. So aku dapat merasakan dulu lagu apa dorang nak main nanti (tak boleh bagitau lagi lah, nanti tak surprise).

Ivaldi: Abang Drummer Diimport Dari Seberang
Johan: Abang Lead Guitar
Arif: Base Guitar
Aman: Guitarist

So tepat jam 9:20PM, bermula lah acara jamming ni. Macam biasa, janji Melayu. Kalau cakap pukul 9, pukul 9:15 baru nak start, hehehe. Dari lagu Megadeth, Pantera sampai lah ke Metallica, semua sekali dorang hentam. Since dorang ada 2 jam je masa untuk jamming, dorang memang tak bazir masa punya lah. Ini antara action action yang boleh dirakam, enjoy!

Jamming session tamat tepat jam 11:30PM. Ini pun berhenti sebab ada orang lain nak main pulak. Kalau ikutkan kepala dorang ni mesti nak main sampai tak ingat dunia. So, lepas dah berhenti main baru la masing-masing baru nak ingat perut yang masih kosong tak berisi. Agak lapar jugak dah jamming dekat 2 jam tapi tak makan. Kitorang memutuskan untuk ke Restoran Pelita yang tak jauh dari situ. Acara makan selesai jam 12:15AM. Time ni semua dah takde suara, telinga dah berdengung dan masing-masing bapak dah marah suruh balik cepat. Hahaha. Okay setakat ni saja bebelanku hari ini. Salam!

1 comment:

aman23 said...

bagussss hahaha

dude I'll link you up aite?

and pinjam my picture hehe :)

Followers