Pada 25 April 2009 bersamaan hari Sabtu, Monash University Student Association telah menganjurkan Monash Music Festival. Ramai jugak kawan aku bertanya, "Kalau music festival mesti ada Battle of The Bands, pastu semua mesti nyanyi lagu rock/heavy metal/emo punk/indie..". Hmm, betul jugak. Hampir kesemua music festival yang aku datang mesti tu je genre yang akan dorang mainkan (untuk event organized by university lah..). Monash University pun takde bezanya cuma kali ni dorang panggil banyak jugak underground local bands untuk perform dekat Monash Music Festival.
Tengahari lagi, Johan dah text message aku suruh aku jadik photographer band dorang. Tapi aku memang dah plan lama dah nak amik gambar dorang ni. Aku decided nak habiskan dulu assignment aku yang tak siap-siap dari hari Jumaat lagi, sebab assignment tu due Isnin. Ade lagi 2 major assignments kena siapkan dalam masa 2 minggu ni so tak banyak masa boleh dibazirkan. Habis je buat assignment aku, aku pun siap-siap charge battery camera, pegi kedai beli battery untuk flash, practice direct flash dekat kucing-kucing aku... Sorry kucing aku takde model nak pose untuk aku.. Heh heh!
Tepat jam 5:15PM aku keluar rumah aku dengan kereta kesayanganku iaitu SLK (Sweet Looking Kancil). Perjalanan ke university selalunya memakan masa 30 minit je tapi since aku drive Kancil, aku pun bawak la slow nak mampus.. Hari ni memang panas sangat, pastu ditambah lagi aircond Kancil ni kurengg sikit. So seluruh perjalanan aku bukak tingkap. Best jugak angin kena muka dekat highway sambil dengar Michael Learns To Rock dekat radio, feeling....~uwww~
Sampai je aku dekat Monash Music Festival, terkejut aku bila melihat pengunjung yang datang. Aku rasa ade la dalam 200 orang dekat tapak tu, bagi aku number tu sikit gila kalau nak dibandingkan pengunjung karnival-karnival lain. Aku rasa faktor kekurangan orang tu sebab harga entrance fee yang agak 'mahal' bagi aku. RM15 untuk tengok local band yang 'tak pasti datang' tu memang downnnn factor lah. Aku dapat ticket free, so tak perlu bising kut. Hehehehe... Oh ya, kawan aku bernama Engku Syafiq ni perform demonstation untuk capoeira, so aku letak la gambar dia in action..
Jumpa dengan si Johan, Aman dengan Ivaldi. Dorang nampak dah bersiap sedia nak perform walaupun baru pukul 6. Dengan semua sekali berselipar jepun, aku pun terkejut tengok dorang ni. Casual gila nak perform atas stage. Tunggu sampai pukul 7, pastu pegi sembahyang Maghrib kejap terus lepas tu rushing pegi backstage. Sementara menunggu giliran dorang ni perform, aku practice la dulu shot aku sebelum sampai giliran dorang. Nanti takde lah kelam kabut nak tukar setting sebab dah practice..
Dalam pukul 7:30PM lepas sembahyang Maghrib, kitorang pegi la tengok satu band ni perform. Aku rasa perempuan ni nama dia Prema Yin, bagus jugak la dia nyanyi, a female rocker. Lepas dorang perform, ada lagi satu dance show, best jugak la dorang ni, pakai lagu Mario buat robot dance. Aku pun busy la practice flash nak perfectkan. Cool lah band ni bila aku mintak amik gambar dorang. Posing best punyaaa! Hahaha.. So practise punya practise aku baru teringat battery flash tertinggal dalam kereta, so aku pun save la current battery ni sebab aku malas nak balik kereta balik.. So ni lah hasil aku..
Tak silap aku Freeloaders tak perform pun. Taknampak pun dorang hari ni. So opening band yang main dulu ialah Crossing Boundaries. Lepas dorang habis perform, ada fire dance demonstation oleh sapa tah. Tapi rasa rugi plak tak amik gambar dorang coz api-api tu nampak cantik dari jauh. Tidak mengapalah. Jadi, sampai masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu time untuk Antithesis perform. Dianggotai oleh 4 orang pemuda yang mempunyai minat dan inspirasi yang sama iaitu: Metallica. Terdiri daripada Aman, Ivaldi, Johan dan Ariff; mereka memulakan performance dengan lagu Four Horsemen.
Lepas dorang perform a very very energetic song from Metallica, the crowds dah starting to go wild. Even photographers pun sama je! Lagu kedua yang dorang mainkan datang dari Metallica jugak. Guess what? Seek and destroy!
Aku pun layan headbangin dengan Vishnu. Mamat blackmetal ni memang gila betul. Sampai dia hilang suara jerit Seek and Destroy. Sama aku lah, hehe. Ade banyak jugak photographer yang tak jadik amik gambar terus nak join headbanging. Respect lah dorang ni. Best betul. So last song dorang nyanyikan is... tak lain tak bukan, dan atas desakan penonton yang memang nak dorang nyanyi lagu ni.. Apa lagi? Master Of Puppets!
Bila tengok performance orang lain, takde pun dorang dapat galakan dari crowd macam ni. Hahaha, the best ever lah. Dorang not allowed nak buat encore sebab schedule dah lari lebih 20 minit. So dorang terpaksa melambaikan tangan kepada crowd, memberi ucapan terima kasih atas sokongan. Dan yang paling penting... gambar band members lepas performance, hahaha..
Lepas dorang perform, aku dah malas nak amik gambar dah.. Terus aku ikut dorang pegi minum minum dan pegi booth yang Farah jaga. Bila aku check camera aku, battery still full. So aku amik la gambar dorang yang jaga booth ni. Tak meriah Monash Music Festival tanpa dorang ni. Muka dorang ni memang dah kepenatan sangat. Jaga booth since 12PM till late.
Aku rasa amat penat sekarang ni.. Dah pukul 4:05AM dah mengikut jam aku. Time untuk aku tidur rasanya. Hari ni aku rasa seronok betul. Bukan sebab Monash Music Festival je tapi Manchester menang 5-2 against Tottenham. Dari 2 goals deficit untuk menang macam tu, hehehe. Sampai sini saja kisah hidupku hari ini. Thanks for reading! Salam.
2 comments:
pukul 4am msian time u text i idris ismail??
ohmyG. naseb baek i mmg kene bangun awal.
engku time tgh perform poooon sifat kepoyoon itu still terserlah. lol. hebat la johan and the band. daripada cara penulisan anda, hebat hebat.
tahniah mr idris. lepas ni saya grad, tangkap pic saya pulak. saya sponsor air ticket ;p
i tau time bangun u pukul brape lah. haha. engku tau i amik gambar dia so dia pose for me lah.
oh boleh je, sponsor air ticket and i'll be your photographer for your grad. ;)
Post a Comment